Tuesday, January 27, 2009

Pengenalan Kampung Felda Jerangau Barat


Assalamulaikum.......
Saya ucapkan selamat datang kepada semua pengguna internet yang membuka blog ini....blog ini dibina adalah untuk memberi maklumat serba sedikit tentang kampung Felda Jerangau Barat dan juga untuk perkembangan kampung Felda Jerangau Barat.


Kampung Felda Jerangau Barat adalah terletak di Negeri Terengganu. Kedudukannya juga di laluan jalan alternatif Kuala Terengganu - Kuantan yang dikenali jalan Jerangau Jabor dan jarak antara perkampungan ke jalan besar (JJ) ialah 8 km. Bandar yang terdekat ialah Kuala Berang yang jaraknya 31 km. Jarak ke bandar Dungun ialah 60 km manakala jarak dari Kuala Terengganu ialah 61 km. Keluasan keliling ialah 2415.04 hekter, merangkumi kawasan kebun sawit peneroka, ladang sawit FPSB, kawasan Kilang Sawit, perkampungan dan juga paya dan bukit yang tidak dimajukan.


Rancangan ini mula dimajukan pada Ogos, 1973 dan mempunyai 4 peringkat ( 17 blok).Mula mendapat hasil pada September 1977. Peneroka mula masuk ke rancangan ini pada Julai 1983 dan jumlah peneroka hingga kini 367 orang manakala jumlah penduduk ialah 2,283.






No comments:

Post a Comment